jacko n pubjabi yg cool...ahakz

Posted by amy'z , Thursday, July 30, 2009 8:55 PM

9 ct yg patut gurl ikut...

Posted by amy'z 8:45 PM

Antara 9 Siti yang patut dicontohi



1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

10 k dalam bersahabat...

Posted by amy'z , Wednesday, July 29, 2009 12:21 AM



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!" 10 K dalam PERSAHABATAN *

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) . *

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. *

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan? *
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe). *
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat. *
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. *
KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. *
KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe). Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.
"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

design backdrop aadk>>>ader pict aku n dak klaz aku dulu...huhuhu..poyo jerk..

Posted by amy'z , Monday, July 27, 2009 10:40 PM

design ni la yg aku letak pict konvo aku ngan member2 klaz aku...huhuhu..poyo...




sori la korunk aku gner pict korunk jgk tanpa pengatahuan korunk...
ampunnnnnnnnnnnnn!!!!!...
dr kiri nizam, aku, megat, jon, fahmie, kak ecah, afif, dee n fath(http://artmystylebox.blogspot.com/)
rindu banget samer korunk!!!

aku still rindu kat ko sahabat!!!

Posted by amy'z 1:50 AM

nie pict aku ngan jon ms last sem

pict nie maser kat dlm toilet kat uum...ahakz

pict nie aku amik sblm graduation night n edit sendiri..


pict nie ms 'VISCOM show' aku ngan jon 1 group dpt award tuk drama radio terbaik
cayala!!!ahakz...
serius aku rindu gler kat besfren aku nie...
aku kat quantan,pahang jon kat kangar,perlis.....
insyaallah ujung taun nie aku nak g perlis jumper ko jon...
arghhhh!!! rindu nyer kat ko jon...



srory pelik lg...huhuhu

Posted by amy'z 1:29 AM

Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe


Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.


Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhuMasa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...


Di, Kolkata, India, seorang petani menyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha

story pelik yg aku dapat!!

Posted by amy'z 1:25 AM

Di Thailand, 5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu, mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu! Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!

Di China, kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007 kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet, saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain daripada internet!


Di New York, Wikipedia, satu website yang sangat popular yang menyediakan maklumat percuma, sedang mengalami krisis dimana seorang penghantar maklumat yang dihormati di website tersebut rupa-rupanya hanya seorang pelajar biasa. Beliau, Ryan Jordan berumur 24 tahun berpura-pura sebagai seorang profesor dan menghantar banyak maklumat kepada Wikipedia tentang Agama Kristian. Sumber maklumat yang beliau gunakan hanyalah satu buku bertajuk "Catholiscisme for Dummies". Untuk maklumat anda, semua orang dibenarkan untuk menghantar maklumat di Wikipedia dan lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat tersebut, lebih dihormati penghantar maklumat itu oleh pengguna Wikipedia. Nampaknya kita sekarang perlu berhati-hati bila ambil maklumat dar Wikipedia!!Ni kisah lain pulak di internet,


Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?


Di Karachi, Pakistan, seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!


Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan mereka mendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids. Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit, bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom". Orang muda mesti fikir macam tu!

manusia terkaya didunia!!!

Posted by amy'z 1:22 AM

1-Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
2-Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
3-Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
4-Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
5-Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
6-Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
7-Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
8-Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
9-Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
10-Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions

Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes.

why orange'z n pink???

Posted by amy'z , Sunday, July 26, 2009 11:05 PM


sbb aku sker orange n bestfren aku sker pink...ahakz...
besfren aku nie duk nun jauh di utara dengan erti kater lain perlis la...ahakz...
aku pgl dier jon psl maser mler kenal ngan aku dier promote name jon kat aku..huhuhu..
serius aku rindu gler kat dier... tanpa advise dier n spirit yg dier bg kat aku mesti aku sesat..
kalau dier bacer nie confirm bangger...ahakz...last aku jumper lepas konvo aku dulu...
bler duk sorunk2 kadang ingat kat jon..dulu kat tempat aku study aku duk hostel 1 bilik ngan dier...time plg best bler cuti sabtu ahad coz jon blk umah bw bekal makanan gak kat aku..huhuhu... dier leh blk slalu coz tempat aku study kat area perlis...aku yg duk jauh nie kene la tunggu cuti sem jerk..time ader asgment plak jon jgk la yg paksa aku wat asgment cepat2 psl aku nie jenis last minute..huhu...project final aku pon jon byk tolong...time rambut aku panjang sampai x nampak mker pon jon yg offer nak gunting rambut aku..huhu..n mende yg plg beSt aku wat dulu maen game pasang sound kuat2...tapi x slalu la...yg slalu kitaorunk buat masa terluang tido la...huhuhu...bler pagi ari cuti bgn jerk tido g makan roti canai...x pon kitaorunk gotong royong bersihkan bilik yg dah sedia bersih...huhu..jon aku rindu gler kat ko...

makanan best gilez'.... bwekkk!!!!

Posted by amy'z 9:44 PM

Makanan-makanan Pelik... (18PL)
Pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - Makan' tak..?? Antara lain lirik lagu tu ada sebut 'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebulur tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. Tapi, untuk kali ni aku nak bawak korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, aku memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi aku tak tahulah kalau korang sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...



1. EscamolesIni adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.



2. TikusKalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi aku mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya.. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!



3. Kopi LuwakKorang suka minum kopi? Haaa.. ni aku nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..






4. BalutBagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..
















5. SeranggaTak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara Thailand dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana. Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba? Aku tak berani.. Huhu..





6. HasmaKalau korang nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'. Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!

Ada banyak lagi sebenarnya contoh makanan-makanan yang pelik dan ganjil di seluruh dunia. Tapi cukupla setakat ni dulu. Kang ada yang tak lalu makan nasik atau muntah-muntah pulak kang.. Errr... Jumpa lagi kat topik akan datang ye.. aku nak gi bilik air jap.. Urpkkhhh.., Huweekkkk!!!

abg lemannnnnnn.....ahakz.,..

Posted by amy'z 9:42 PM

KISAH INI BERLAKU DI KAMPUNG LEPAR HULU SELANGOR

Ada sepasang suami isteri yang baru berumahtangga, isterinya bernama Melor Manakala suaminya bernama Wak Leman.
Boleh dikatakan hari-hari mereka melakukan hubungan seks... Tiba pada suatu hari... Wak Leman jatuh sakit.... dan mati....Wak Leman nie memang
tinggi ilmunya sebelum mati dia sempat berpesan pada isterinya "sayang kalau abang mati kau jangan cari jantan lain, abang dah jampi anu
abang.....jadi bila abang mati nanti kau potonglah anu abang.... bila kau rasa gersang kau cuma perlu jerit "Abang Leman!!!", maka anu abang akan datang puas
kan nafsu mu"...
Maka isterinya pun menurut pesanan aruah suaminya.... di potongnya anu suaminya dan simpan di dalam peti sejuk.. Hari yang
berikutnya.. ... Melor pun mencuba lalu dia menjerit "Abang Lemann!!!!!" maka anu suaminya pun terbang pergi mendapatkan isterinya... ..Boleh dikatakan setiap
malam apabila gersang, Melor menjerit "Abang Leman!!!" Perbuatan Melor itu menjadikan tanda tanya jirannya Mak Cik Nab
yang dah berumur 60th... Akibat rasa ingin tahu Makcik Nab pun mengadu dengan Joyah..."Kenapa aaa si melor tu tiap2 malam asik menjerit panggil
Abang Leman?? "Dia jerit macammana?", tanya joyah.... "macam nie.. Abang Lemaaaan!!!" maka terbanglah anu leman menuju
Ke pemanggilnya. ... kesian Makcik Nab kene "underdog".Cerita ini makin tersebar luas seluruh kampung sehingga ke
pengetahuan Tok Penghulu..
"Tok! Kami nak mengadu... ada perogol bersiri dalam kampung kita nie,habis nenek2, Janda, Anak dara semua disapunya!"
"iyeeeeee keee!!! "jawab tok penghulu dgn terperanjat. ..."Siapalah yang punya angkara nie agaknya",tanya penghulu lagi.. "Entahlah tok
tapi yang saya tahu semua mangsa ada menyebut 'Abang Leman'", jawab Pak Lebai...
" Apaaaaaa Abang Lemaaan!!!!" Jerit penghulu dengan Marah....maka terbanglah anu si leman ini menuju ke pemanggilnya. ...
Semenjak kejadian itu semua org kampung tak berani lagi menyebut nama "Abang Leman", manakala Tok Penghulu Kampung itu masih lagi
ditahan di Hospital Kuala Selangor Kerana mengalami koyak yang serius......

KEPADA PEMBACA HATI-HATILAH KETIKA MENYEBUT ABANG LEMAN MUNGKIN INI AKAN TERJADI PADA ANDA.... KERANA ABANG LEMAN NI TAK MENGIRA MANGSA,
SAPA JERIT SIAP LE DIA.... PERGGGHHHHH. ...!!!!!! !!!!
oleh itu dinasihatkan anda supaya tidak menjerit2 namer Abang Leman.... kalu namer abang lain takper... Abang Leman memang takbole....! !!!

ahakz..

Posted by amy'z , Friday, July 24, 2009 1:00 AM