story pelik yg aku dapat!!

Posted by amy'z , Monday, July 27, 2009 1:25 AM

Di Thailand, 5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu, mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu! Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!

Di China, kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007 kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet, saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain daripada internet!


Di New York, Wikipedia, satu website yang sangat popular yang menyediakan maklumat percuma, sedang mengalami krisis dimana seorang penghantar maklumat yang dihormati di website tersebut rupa-rupanya hanya seorang pelajar biasa. Beliau, Ryan Jordan berumur 24 tahun berpura-pura sebagai seorang profesor dan menghantar banyak maklumat kepada Wikipedia tentang Agama Kristian. Sumber maklumat yang beliau gunakan hanyalah satu buku bertajuk "Catholiscisme for Dummies". Untuk maklumat anda, semua orang dibenarkan untuk menghantar maklumat di Wikipedia dan lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat tersebut, lebih dihormati penghantar maklumat itu oleh pengguna Wikipedia. Nampaknya kita sekarang perlu berhati-hati bila ambil maklumat dar Wikipedia!!Ni kisah lain pulak di internet,


Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?


Di Karachi, Pakistan, seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!


Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan mereka mendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids. Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit, bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom". Orang muda mesti fikir macam tu!

0 Response to "story pelik yg aku dapat!!"

Post a Comment