mak long wife aku ditikam bertubi2...kejam!!...

Posted by amy'z , Thursday, September 10, 2009 8:23 PM


Ahli Wanita UMNO dibunuh kejam - Perut terburai akibat ditikam bertubi-tubi
Oleh MANIRAH OTHMAN manirah.othman@kosmo.com.my
HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.
Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.
Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.
Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.
- berita yg lebih detail dlm sinar harian terangganu mengatakan ader 11 tikaman pada tubuh mangsa...tapi klu korunk nak tau sbenarnyer ader 36 tikaman beserta torehan....
- kalau korunk nak tau berita kematian nie pada 8 september 2009 iaitu pada hari selasa...n mangsa dlm berita nie mak long pada wife aku....kakak sulong pada umi(mak mertua) aku... kejam sgt pembunuh tu...arwah juga merupakan tukang masak pada hari kenduri aku ngan wife aku ms kenduri kat umah wife aku...arwah la yg wat lauk pengantin...last aku jumper arwah bulan 6 ari tu ms majlis tunang cousin wife aku kat dungun...aku x tau nak citer cm ner... now aku dlm proses menenangkan wife aku.... ...
al-fatihah tuk arwah...

1 Response to "mak long wife aku ditikam bertubi2...kejam!!..."

¶A.K.I¶ Says:

salam takziah utk abg dan keluarga....

Post a Comment